Asal Usul Rose

Pokok Bunga Rose merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunga Rose adalah salah satu jenis pokok bunga yang telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu.  Pokok Bunga Rose terkenal dengan gelaran Raja Segala Bunga (Queen of Flowers). Bunga Rose mempunyai bau harum, biasanya mawar kampong (damask rose) mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan barat, dan dalam kebudayaan Melayu., bunga Rose melambangkan bunga cinta terutama Bunga Rose yang berwarna merah.

 

Negara penghasil Bunga Rose terbaik di dunia adalah negara Bulgaria. Bulgaria menjadi penghasil bunga rose terbaik kerana keadaan iklim di Bulgaria yang sangat baik.

Di sebalik kecantikan dan keindahan warnanya, ternyata bunga rose ini mempunyai khasiat yang baik untuk kecantikan dan kesihatan.

Bagi dunia kecantikan, bunga rose dijadikan sebagai bahan untuk merawat wajah, kulit dan juga rambut. Manfaat dan khasiat daripada bunga rose antaranya :

  1. Menghilangkan Jerawat

Air Bunga Rose merupakan salah satu bahan pembersih semulajadi yang kaya dengan kandungan zat antioksidan dan mampu membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat di wajah.

  1. Mencantikan Kulit

Bunga Rose memiliki kandungan lemak iaitu asid lemak Omega-3 dan Omega-6 yang berkhasiat untuk kesihatan kulit, sehingga ianya mampu membuatkan seseorang itu memiliki kulit yang sihat, cantik dan lembut apabila dijadikan amalan rutin untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

  1. Mengurangkan Stress

Aroma harum pada bunga rose dapat menghilangkan rasa penat atau stress sehingga tubuh dan fikiran kita kembali rileks dan stress yang sedang menekan boleh kita hadapi dengan tenang.

Visit Us On FacebookVisit Us On InstagramVisit Us On Youtube